Wednesday, September 12, 2012

12 Sept 2012

Tahniah.
Berjaya akhirnya kau balas dendam padaku.
Dua kali ganda.
Sekarang aku dihantui kau.
Aku tidur setiap malam bermimpikan kau.
Aku belajar di dalam kelas fikiran aku melayang pada kau.
Aku sendirian pun diri kau juga yang aku fikirkan.
Gembira bukan ada juga manusia yang sudi memikirkan diri kau setiap saat?

Thursday, September 6, 2012

6 September 2012

Aku gembira bersama kau.
Tapi aku tidak pasti sama ada kau juga begitu.
Hatiku kuat mengatakan kau tidak bahagia.
Itu membuatkan aku menangis sendiri di dalam hati.
Aku tahu aku sudah sakiti hatimu.
Mana mungkin kau mampu lagi bergembira dengan aku,bukan?
Apa yang patut aku lakukan,
agar aku dapat melihat semula senyuman ikhlas di wajahmu.
Berikanlah aku jawapan.
Aku merayu.
Demi kebahagiaanmu aku sanggup buat apa saja yang aku mampu.


Wednesday, September 5, 2012

:')

Firman Allah maksudnya: "Boleh jadi kamu benci kepada

 sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu 

suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan 

(ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), 

sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah:216)

Tatapan buat diri sendiri

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.

Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama. Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

sumber : mutiarakata

Tuesday, September 4, 2012

4 September 2012

Assalamualaikum,

Apa khabarmu di sana?
Walaupun tiap hari aku menghubungimu,
namun aku jarang bertanyakan khabarmu.
Itu kerana kau yang mahukan begitu.
Aku tidak mahu kau berasa menyampah lagi.
Kan ku turut segala permintaanmu,
walaupun pergi jauh dari hidupmu.
Kalau itu boleh buat kau tersenyum riang :)

Aku berdoa pada Allah agar kau jadi seperti dahulu semula ; tidak merokok.

Monday, September 3, 2012

3 Sept 2012

Aku yang pinta begitu.
Jadikan 'itu' sebagai hadiah hari ulangtahun kelahiranku yang ke-20.
Maka dengan rela hati terpaksa juga aku melawan rasa cemburu tatkala dia bergembira dengan teman-teman perempuannya.
Mungkin di 'public' aku tidak akan nampak apa-apa, di 'private message' siapa yang tahu :')
Tanggunglah engkau derita itu.
Sedangkan kau tahu itu akan menyakitkan hatimu tapi kau minta juga dia lakukan itu.
Ya Allah.. sabarlah wahai hati.