Tuesday, March 26, 2013

"Apalah guna famous pada pandangan manusia tetapi tidak 

famous pada pandangan Tuhan."

Salah seorang dari kawan sekolah aku post ne sebagai status di facebook. Dalam hal ne aku tak mahu libatkan orang lain, hanya ambil diri aku sendiri sebagai contoh. Acap kali aku akan luahkan rasa hati pada orang sekeliling yang aku rapat "Kawan-kawan aku la ne semua dah lawa² and makin putih." Ya, hampir semua kenalan aku sudah makin berseri-seri dengan wajah yang putih bak bunga melur. Perghh. I do admit that aku ada sedikit cemburu dengan apa yang mereka ada. Sedikit ka? Macam banyak saja. 

Apabila mereka semakin cantik dan berseri-seri, maka mereka juga semakin popular dan mendapat banyak pujian dari teman² yang lain. Ohh popular di sini maksud aku jika lihat dari segi jumlah 'like' di facebook. Facebook lagi. Adakah facebook juga akan jadi disaster macam twitter ? Balik pada status di atas, aku terasa dan terkilan dengan perangai entah apa² diri aku sendiri yang tak semena-mena nk cemburu dengan kecantikan orang  lain. Sedangkan kecantikan itu tidak menjamin apa², malah tak jamin pun kita akan ke syurga dengan kecantikan fizikal semata-mata.

Ya Allah, selama 21 tahun aku hidup di muka bumi ini, perasaan merendah diri yang teramat sangat kubawa bersama. Adakah ini punca wujudnya perasaan tidak sihat itu dalam diriku? Dari kecil aku di ejek gara² aku punya kulit gelap dan tak cantik. Sebelum ini aku langsung tak pernah bertanya kepada diri sendiri kenapa aku sangat suka merendah diri. Rasanya itulah jawapannya. Setiap manusia mempunyai keburukkannya sendiri,tapi masalah kulit gelap bukanlah satu keburukkan,malangnya 'mereka' memandangnya begitu. 

Setiap kali aku rasa cemburu dengan kawan² aku yang dah cantik, aku akan cuba pujuk diri sendiri walaupun tidak berkesan sepenuhnya. "Ok juga jadi orang yang tak cantik, kalau sorang² tak da la mamat² gatal nk kacau ka nk amek kesempatan ke yada yadaa.."

Asnida,wake up! semua ne hanya mainan dunia. Cantikkah aku di mata Maha Pencipta? Pernah tak kau tanya soalan sedemikian pada diri kau sendiri? Kalau ada pun, hanya 1/4 saja. 3/4 pula kau hanya kisah dengan kecantikan diri kau di mata manusia. Allah..

Muhasabah diri please. Jangan lagi kau tambah dosa yang ada. Kau sendiri tahu dosa apa yang dimaksudkan.
Sejujurnya, aku bukanlah tidak mahu langsung berubah menjadi seorang yang solehah, tapi aku selalu terkandas di tengah jalan :(