Sunday, January 27, 2013

Terjual semua

Alhamdulillah dalam banyak banyak keychain yang aku buat hampir semua terjual. Ini semua hasil kerajinan akak dan anak menakan (anak saudara) aku tolong promote dan jual di sekolah dan kedai makan milik akak aku. Kalau nak harap aku yang jadi penjual memang sampai tahun depan pun belum tentu terjual sebab i is pemalu. Jadi teserlah di situ bahawa aku suka dan layak bekerja di belakang tabir. Ibarat seorang programmer yang buat coding untuk projek syarikatnya. Dia hanya bekerja di belakang tanpa diketahui orang ramai siapakah gerangan yang mahir buat coding program tersebut. Ihik :p Ok tak da kaitan pun dengan programmer,hanya kiasan sahaja.

Tadi pun akak aku ada cakap yang seorang teman sekampung dengan aku ada nak tempah casing notebook dan jugak sebiji lagi kereta yang ala-ala gajah tu :p Kalau dia jadi tempah, alhamdulillah :)

Ya Allah, adakah ini jalan untuk aku ambil dimasa depan?

Thursday, January 24, 2013

Tablet case


Selepas hampir dua hari berhempas pulas mengorek idea, akhirnya siap juga sarung tablet untuk anak menakan (anak saudara) aku. Harapnya dia suka la dengan design tu. Pada awalnya aku tunjuk design nak jahit belon bentuk hati tu dan juga nama dia di bahagian belakang sarung tapi lain pula jadinya. Aku malas nak jahit nama tu sebenarnya jadi aku gantikan dengan kucing dan rerama di situ. :D

Sebenarnya lagi aku dah upload gambar ne kat facecook untuk tontonan kawan-kawan aku,mana la tahu kot ada yang berminat nak buat satu. Tapi nampak gaya macam tak ada sambutan. Aku bukannya ketagih 'like' ,tapi sebenarnya bilangan 'like' di situ yang menentukan berapa orang yang view gambar tu. Adakah aku salah? Jadi bilangan 'like' yang aku dapat hanya la beberapa kerat tak sampai sepuluh pun. Faktornya aku tahu kenapa, salah satu sebabnya aku ne bukanlah seorang yang 'hot' di facecook tu, bukan puteri yang post apa-apa pasti akan dapat bilangan 'like' beratus-ratus macam kawan-kawan aku. Salah satu sebab lagi, kawan-kawan yang aku kenal kebanyakkannya bukanlah jenis yang minat barangan kraf macam aku. Kalau minat pun jenis barang-barang comel seperti teddy bear,barang-barang kecantikan dan juga pakaian. Makanya bila muncul ja gambar-gambar kraf macam ne di 'home' facecook, mereka tidak akan ambil peduli pun. Aku ne pula jenis manusia yang minat semua. Apa saja benda yang muncul asalkan berseni, menarik dimata aku,semua aku suka.

Tidak mengapa la, bior ja la ka, aku teruskan saja la dengan minat aku dengan semua benda ni.
In sha Allah kalau ada duit dan masa nanti aku nak belajar menjahit langsir dan baju pula :)
Kita mesti pertingkatkan kemahiran dalam apa jua bidang,bukan?
Kalau boleh wiring pun aku nak buat, tapi nanti makan hati pula future-husband aku sebab dapat isteri yang serba tahu lebih dari dia :p Kbai



So this is it. Samsung galaxy tab case.
Color chose by the owner, warna hijau jadi aku pilih hijau epal.



Bahagian belakang kosong saja. Aku gunakan velcro untuk nampak kemas.
Alhamdulillah Ya Allah, i love what i am doing now :)

p/s : aku ne kan noob, how would i know yang tab adalah shortname bagi tablet =.=

Zaman sekolah menengah

Siang tadi aku teman Cik Ayu ke sekolah menengah adik dia untuk ambil wang RM100 yang pm bagi.
Malu i tau sebab i rasa i dah terlalu tua untuk jejakkan kaki ke sekolah.Tua la sangat kan.
Masa bejalan nak ke kelas adik Ayu tu kami berselisih dengan seorang student, kecik saja orangnya. Aku dengan Ayu serentak cakap "Comelnya...!" Lama tak buat kerja bengong macam zaman muda mudi kat sekolah dulu iaitu meng-usha junior cute :p Junior lelaki opkos, junior perempuan opkos la senior lelaki yang ambil tempat kan. Tapi usha sekadar cuci mata saja,tak lebih dari tu. Itu memang hobi aku dan Ayu masa zaman muda mudi dulu, sekarang dah insaf sebab masing-masing dah macam layak jadi mak budak jadi nanti  nanti usha anak sendiri sajalah ya. Harapnya anak lelaki aku nanti comel lah :D

Ok merepek sebentar.

Point utama yang aku nak luahkan ialah, perasaan aku terhadap zaman sekolah menengah.
Sejujurnya, aku memang tak suka rindu zaman sekolah menengah atas beberapa sebab yang akan mengingatkan aku kepada memori hitam dulu. Bila kawan-kawan cakap "Aku rindu zaman sekolah dulu.", aku akan balas "ohh ya? Em.." Sebabnya aku tak mahu rasa apa yang mereka rasa.

Akan tetapi, siang tadi sambil menunggu Ayu sampai giliran untuk isi borang, aku duduk di kerusi kayu dalam kelas tu. Aku tengok sekeliling kelas tu. Mula timbul rasa rindu pula pada zaman tingkatan 5 dulu. Zaman dimana aku selalu pergi awal ke sekolah kononnya sebab tak mahu miss parking space untuk moto since aku p sekolah dengan moto. Lepas tu bila sampai ke kelas hanya dua tiga orang saja yang baru sampai, masing-masing sibuk bukak buku salin homework ataupun siapkan homework. Zaman universiti mana ada dah feeling tu, ekau nak buat homework ataupun tak lecturer tak peduli pun. :( Yaa,bersebab semua itu berlaku, sebab itu mengajar kita yang sudah tua bangka ni untuk berdikari, berfikir sendiri nak pilih untuk buat kerja atau tak, pilih untuk jadi rajin atau malas.

Lagi, aku rindu zaman dimana cikgu tak masuk kelas, jadi waktu itulah digunakan sebaik mungkin untuk melepak di kelas sebelah dan mula bergosip panas. Rindu Zaman dimana aku belajar Bahasa Arab Tinggi. Dat is my favorite subject walaupun aku tak dapat cemerlang pun dalam SPM untuk subjek tu. Belajar ilmu Balaghah, tatabahasa arab. Aku masih lagi simpan buku nota bahasa arab aku sampai hari ini. Siapa tahu esok esok aku akan buka semula dan belajar.
Tak pernah langsung sepanjang hampir empat tahun aku tinggal zaman sekolah aku rasa rindu menebal macam ne sekali pada zaman tu.

But those will remain as a memory. Memory that will be with us till dead :')


5 Othman`09




I love this picture :)


p/s : Zaman form4 & form5 dulu aku ne pengawas taw, aku pengawas yang baik, kalau buat spot check aku bukan rampas pun barang terlarang junior junior tu, tapi aku siap suruh junior junior tu semunyik cepat cepat lagi barang tu sebelum kantoi dengan pengawas lain. Sila jangan tiru :p

Sunday, January 20, 2013

Dear A

Hari ini seperti hari semalam.
Langsung tiada perubahan.
Adakah itu salah aku?

Apabila hari ini masih sama seperti semalam,
aku berfikir, "Kenapa Ya Allah?"
Dia mendiamkan diri, aku juga mendiamkan diri.
Adakah disebabkan ego?

Namun diam aku di sini, fikiran aku di sana,kepada dia.
Adakah dia juga begitu?
Aku mahu memulakan dahulu pendamaian,
tapi aku pegang kata-kata dari salah seorang pakar motivasi ;
"Lelaki merajuk jangan dipujuk. Kalau perempuan merajuk, ya dia hendak dipujuk tapi tidak bagi orang lelaki."
Tapi,adakah dia sekarang sedang merajuk?Ahh, lucu pula bunyinya.

My dear,
Saya harap awak baca ini.
Saya minta maaf kalau memang betul saya yang salah.
Mungkin saya tak sedar nada saya tinggi bila bercakap dengan awak.
Tapi memang saya tak ada langsung perasaan amarah pada awak.
Empat hari berturut-turut kita macam ne,kalau ada hari kelima,saya dah buntu.

By the way,
Saya nak awak tahu yang saya dah boleh buang jauh sikit-sikit rasa 'tue' dekat 'dia'.
Alhamdulillah,u r right, i should not beratkan kepala pikir pasal benda yang tak ada kaitan dengan saya.
Terima kasih.
I hope u are happy to know this.

p/s : pakar motivasi ne which is my idol ada cakap lagi, perempuan kalau terlepas cakap, mudah untuk dia lafazkan kata maaf, tapi tidak bagi lelaki yang terlepas cakap. Kenapa lelaki egonya tinggi dari klcc? (mohon awak jangan perasan :p ) /please



Sehari selembar benang,


Lama-lama menjadi bintang





Ataupun kereta yang persis karipap pap pap!!





Lolipop 

Saturday, January 19, 2013

Friday, January 18, 2013


Munge.Lap,Buyung.


Mrs Lap & Mr Lap

Watermark siap gambar bulog aku almaklum la eksklusif kan . Ihik
Ingatan untuk diri sendiri, bila dah tahu menjahit tu hobi lain kali p memana angkut sekali balang button n benang. Sekarang ekau tinggalkan benda tu kat hostel,ekau pulak di kampung, tak ke susah bila nak guna?!
=.=

Wednesday, January 16, 2013

Handmade bag

I made a simple bag for my mom since she asked me to create one for her. Dengan beg yang simple ne bole la beliau guna untuk bawa henfon dan jugak beg duit sebab orang tua-tua ne jarang benau pakai seluar baju yang berpoket. Kalau ada pun takkan la nak sumbat 2,2 barang tu dalam poket yang kecik tu.
So taraaaaaa !



Rerama tu jahitan tangan aku sendiri tanpa bantuan sesiapa pun temasuklah mak aku =P
Cuma the whole bag sahaja aku jahit pakai mesin untuk nampak lagi kemas.
Aku guna kain felt dan jugak kain cotton sebagai lining di bahagian dalam. 
Kita kena jimat, guna saja perca kain yang ada ;)

She chose the color and aku cuma tangkap muat pilih kaler untuk rerama tu.
Lepas dah siap tetiba aku terpikir 
"kalau bawak p U ne ok jugak -____- "


Beg ne memang simple gila tapi puas hati sebab dapat hasilkan sesuatu yang berguna dengan tangan sendiri.
I hope u like it mom or else i will bring it along with me to uia . ihik

Sunday, January 13, 2013

Tuesday, January 8, 2013

Gedik kaki, nervous?

Sebenarnya dah lama aku musykil pasal tabiat manusia yang suka menggedikkan kaki. Apa puncanya? Aku cuba google tapi tak jumpa,agaknya persoalan aku tak betul. Tak pa nanti aku cari lagi. Kalau boleh buat terus survey.

Tadi ada terjumpa dalam satu blog ne, tuan punya blog buat list pasal kerenah time exam. Last part beliau sebut pasal gedik kaki sebab gelisah atau tengah korek idea. Itu memang betul, malah aku sendiri pun kekadang gedikkan kaki juga masa tengah memikir jawapan tapi aku rasa aku menggedikkan kaki lebih kepada perasaan gelisah la. Huhuhu..

Tapi sesetengah orang, waktu-waktu biasa santai-santai pun dia suka menggedikkan kaki juga. Takkan duduk saja-saja pun gelisah? Haa,itulah yang dinamakan tabiat. Aku pernah la bertanya kepada sorang hamba Allah ne, apa pendapat dia tentang orang yang suka menggedikkan kaki. Dan perbuatan dia tu juga memberi efek pada orang sekeliling. Jawapannya ialah kekadang asa bengang jugak. Yala kalau duduk atas kerusi yang tak melekat takpa juga tapi bila duduk atas kerusi yang bersambung yang ala-ala dewan kuliah tu secara tak langsung orang tepi pun turut tergedik sama -.-

"Nak kencing p toilet plis!"

Moral of the story : Pikir la snirik.
P/S : dolu-dolu masa zaman sekolah kawan aku pernah tegur aku kalau dok gedik kaki sangat orang kata nafsu dia kuat.
Jadi aku pun makin lama makin kurangkan tabiat tu sebab nak nafikan apa yang dia kata kat aku . HEHE

Monday, January 7, 2013

Doodle ku


                                          
 she & he


Setelah sehari suntuk aku melukis,memadam,mewarna, akhirnya inilah hasilnya. Pewwwit rasa bangga sat dengan lukisan seniri. Ihik. kalau kita tak puji diri seniri sapa lagi nak puji kan.

Satu benda yang aku baru tawu, aku kena sketch dulu atas kertas nthen baru lukis balik guna mouse.
No pain no gain :)

Thursday, January 3, 2013

Deroyan crepe


Durian crepe nama diberi.
Warnanya kuning gebu sekali.
Rasanya sedap suka hati.
Terasa ingin buat sendiri.

Tehee!

Wednesday, January 2, 2013

. . . .

Meanwhile in IIUM..


"Apa pandang-pandang?"



(Merepek dek stress study)

Tuesday, January 1, 2013

Apa aku buat?

Saat ini..
Semua bebudak UIA sedang sibuk menelaah tapi tidak pulak aku. Aku dengan rajinnya mula balik dengan hobi lama iaitu men-doodle. Tapi bab nak study ada ja alasan 'Asnida Jahat' dok hembus ke fikiran ne "Ala lex lu...esok stat la study tu..sempat punya..hari ni kita bepateyyy dulu!!" +.+

Masa ne jugak la tangan ne gatal nak melukis la bagai. Masa bukan musim final tak pulak aku sibuk nak asah skill ! Aiyaaa Asnida...Apa mau jadi ne... Tu pun masih tak ada kesedaran dan keinsafan setelah 2 paper hancur aku kerjakan. Ohh Asnida T.T

Makanya.. siap la satu doodle yang tak berapa cantik ne... Cadangnya nak buat trademark aku sebab pipi pun dah hampir sama booolatnya. Tapi aku yang realiti tak secantik doodle tu jadi nanti ada kelapangan buat doodle laen untuk aku dan jugak diaaaaaaaaaaa . ihik!


Buat mulut senget-senget sikit baru kiut !

P/S : memang terang lagi besuluh kau temakan hasutan syaitan supaya jadi malas. Ya Allah...
Anybody know how to
eliminate that "posted by " panel on
the border??
Please see the retarded
border of the post
-____________-