Tuesday, March 26, 2013

"Apalah guna famous pada pandangan manusia tetapi tidak 

famous pada pandangan Tuhan."

Salah seorang dari kawan sekolah aku post ne sebagai status di facebook. Dalam hal ne aku tak mahu libatkan orang lain, hanya ambil diri aku sendiri sebagai contoh. Acap kali aku akan luahkan rasa hati pada orang sekeliling yang aku rapat "Kawan-kawan aku la ne semua dah lawa² and makin putih." Ya, hampir semua kenalan aku sudah makin berseri-seri dengan wajah yang putih bak bunga melur. Perghh. I do admit that aku ada sedikit cemburu dengan apa yang mereka ada. Sedikit ka? Macam banyak saja. 

Apabila mereka semakin cantik dan berseri-seri, maka mereka juga semakin popular dan mendapat banyak pujian dari teman² yang lain. Ohh popular di sini maksud aku jika lihat dari segi jumlah 'like' di facebook. Facebook lagi. Adakah facebook juga akan jadi disaster macam twitter ? Balik pada status di atas, aku terasa dan terkilan dengan perangai entah apa² diri aku sendiri yang tak semena-mena nk cemburu dengan kecantikan orang  lain. Sedangkan kecantikan itu tidak menjamin apa², malah tak jamin pun kita akan ke syurga dengan kecantikan fizikal semata-mata.

Ya Allah, selama 21 tahun aku hidup di muka bumi ini, perasaan merendah diri yang teramat sangat kubawa bersama. Adakah ini punca wujudnya perasaan tidak sihat itu dalam diriku? Dari kecil aku di ejek gara² aku punya kulit gelap dan tak cantik. Sebelum ini aku langsung tak pernah bertanya kepada diri sendiri kenapa aku sangat suka merendah diri. Rasanya itulah jawapannya. Setiap manusia mempunyai keburukkannya sendiri,tapi masalah kulit gelap bukanlah satu keburukkan,malangnya 'mereka' memandangnya begitu. 

Setiap kali aku rasa cemburu dengan kawan² aku yang dah cantik, aku akan cuba pujuk diri sendiri walaupun tidak berkesan sepenuhnya. "Ok juga jadi orang yang tak cantik, kalau sorang² tak da la mamat² gatal nk kacau ka nk amek kesempatan ke yada yadaa.."

Asnida,wake up! semua ne hanya mainan dunia. Cantikkah aku di mata Maha Pencipta? Pernah tak kau tanya soalan sedemikian pada diri kau sendiri? Kalau ada pun, hanya 1/4 saja. 3/4 pula kau hanya kisah dengan kecantikan diri kau di mata manusia. Allah..

Muhasabah diri please. Jangan lagi kau tambah dosa yang ada. Kau sendiri tahu dosa apa yang dimaksudkan.
Sejujurnya, aku bukanlah tidak mahu langsung berubah menjadi seorang yang solehah, tapi aku selalu terkandas di tengah jalan :(

Friday, February 1, 2013

Gift for an old friend


Harap sangat hadiah sekecil ini mampu membuat mereka gembira bahagia :)



Maw bole ambik gambaq tu zoom sampai boleh nampak lubang hidung 

/dignose


Nina | Nisya | Nida

Lately aku asyik teringat pada dua insan tu. Apa status antara kami bertiga sekarang ya? Kawan lama? Kawan pernah kamceng? Atau hanya status kawan sekolah dulu ?
Aku rindu mereka? Mungkin ya,aku rindu zaman dulu dimana kami bertiga kamceng sangat. Di mana silapnya ya yang menyebabkan kami sudah tidak rapat seperti dulu? Agaknya itu salah aku sendiri. Mungkin aku lupakan kawan sendiri bila dah masuk u :( Di facecook aku cuba untuk rapat rapat semula dengan mereka tapi terasa sikit kekok disitu. Kadang-kadang aku ada cuba untuk ajak berjumpa bila tiba musim cuti tapi selalu tidak kesampaian dek banyak kekangan. Akan tetapi, kalau Allah izinkan jua kami bertemu, aku mesti akan berfikir," apa topik yang aku nak bukak nanti ea..Nak tanya apa ea..Yadaa yadaa." Aku jadi macam akan bercakap dengan orang yang baru kenal. Aku tak tahu kenapa sekarang bila berjumpa dengan kawan-kawan lama aku jadi kelu tak tahu nak sembang apa. Makanya orang akan cop aku ne sombong dengan kawan /floor

Jadi dikesempatan ne aku akan buat sikit hadiah untuk kawan lama dua orang tu. Aku tak tahu apa yang mereka suka tapi aku harap mereka akan suka barang yang aku akan hadiahkan nanti hasil buatan tangan aku sendiri :D

p/s : Nina, Nisya ! I love you both !

Sunday, January 27, 2013

Terjual semua

Alhamdulillah dalam banyak banyak keychain yang aku buat hampir semua terjual. Ini semua hasil kerajinan akak dan anak menakan (anak saudara) aku tolong promote dan jual di sekolah dan kedai makan milik akak aku. Kalau nak harap aku yang jadi penjual memang sampai tahun depan pun belum tentu terjual sebab i is pemalu. Jadi teserlah di situ bahawa aku suka dan layak bekerja di belakang tabir. Ibarat seorang programmer yang buat coding untuk projek syarikatnya. Dia hanya bekerja di belakang tanpa diketahui orang ramai siapakah gerangan yang mahir buat coding program tersebut. Ihik :p Ok tak da kaitan pun dengan programmer,hanya kiasan sahaja.

Tadi pun akak aku ada cakap yang seorang teman sekampung dengan aku ada nak tempah casing notebook dan jugak sebiji lagi kereta yang ala-ala gajah tu :p Kalau dia jadi tempah, alhamdulillah :)

Ya Allah, adakah ini jalan untuk aku ambil dimasa depan?

Thursday, January 24, 2013

Tablet case


Selepas hampir dua hari berhempas pulas mengorek idea, akhirnya siap juga sarung tablet untuk anak menakan (anak saudara) aku. Harapnya dia suka la dengan design tu. Pada awalnya aku tunjuk design nak jahit belon bentuk hati tu dan juga nama dia di bahagian belakang sarung tapi lain pula jadinya. Aku malas nak jahit nama tu sebenarnya jadi aku gantikan dengan kucing dan rerama di situ. :D

Sebenarnya lagi aku dah upload gambar ne kat facecook untuk tontonan kawan-kawan aku,mana la tahu kot ada yang berminat nak buat satu. Tapi nampak gaya macam tak ada sambutan. Aku bukannya ketagih 'like' ,tapi sebenarnya bilangan 'like' di situ yang menentukan berapa orang yang view gambar tu. Adakah aku salah? Jadi bilangan 'like' yang aku dapat hanya la beberapa kerat tak sampai sepuluh pun. Faktornya aku tahu kenapa, salah satu sebabnya aku ne bukanlah seorang yang 'hot' di facecook tu, bukan puteri yang post apa-apa pasti akan dapat bilangan 'like' beratus-ratus macam kawan-kawan aku. Salah satu sebab lagi, kawan-kawan yang aku kenal kebanyakkannya bukanlah jenis yang minat barangan kraf macam aku. Kalau minat pun jenis barang-barang comel seperti teddy bear,barang-barang kecantikan dan juga pakaian. Makanya bila muncul ja gambar-gambar kraf macam ne di 'home' facecook, mereka tidak akan ambil peduli pun. Aku ne pula jenis manusia yang minat semua. Apa saja benda yang muncul asalkan berseni, menarik dimata aku,semua aku suka.

Tidak mengapa la, bior ja la ka, aku teruskan saja la dengan minat aku dengan semua benda ni.
In sha Allah kalau ada duit dan masa nanti aku nak belajar menjahit langsir dan baju pula :)
Kita mesti pertingkatkan kemahiran dalam apa jua bidang,bukan?
Kalau boleh wiring pun aku nak buat, tapi nanti makan hati pula future-husband aku sebab dapat isteri yang serba tahu lebih dari dia :p Kbai



So this is it. Samsung galaxy tab case.
Color chose by the owner, warna hijau jadi aku pilih hijau epal.



Bahagian belakang kosong saja. Aku gunakan velcro untuk nampak kemas.
Alhamdulillah Ya Allah, i love what i am doing now :)

p/s : aku ne kan noob, how would i know yang tab adalah shortname bagi tablet =.=

Zaman sekolah menengah

Siang tadi aku teman Cik Ayu ke sekolah menengah adik dia untuk ambil wang RM100 yang pm bagi.
Malu i tau sebab i rasa i dah terlalu tua untuk jejakkan kaki ke sekolah.Tua la sangat kan.
Masa bejalan nak ke kelas adik Ayu tu kami berselisih dengan seorang student, kecik saja orangnya. Aku dengan Ayu serentak cakap "Comelnya...!" Lama tak buat kerja bengong macam zaman muda mudi kat sekolah dulu iaitu meng-usha junior cute :p Junior lelaki opkos, junior perempuan opkos la senior lelaki yang ambil tempat kan. Tapi usha sekadar cuci mata saja,tak lebih dari tu. Itu memang hobi aku dan Ayu masa zaman muda mudi dulu, sekarang dah insaf sebab masing-masing dah macam layak jadi mak budak jadi nanti  nanti usha anak sendiri sajalah ya. Harapnya anak lelaki aku nanti comel lah :D

Ok merepek sebentar.

Point utama yang aku nak luahkan ialah, perasaan aku terhadap zaman sekolah menengah.
Sejujurnya, aku memang tak suka rindu zaman sekolah menengah atas beberapa sebab yang akan mengingatkan aku kepada memori hitam dulu. Bila kawan-kawan cakap "Aku rindu zaman sekolah dulu.", aku akan balas "ohh ya? Em.." Sebabnya aku tak mahu rasa apa yang mereka rasa.

Akan tetapi, siang tadi sambil menunggu Ayu sampai giliran untuk isi borang, aku duduk di kerusi kayu dalam kelas tu. Aku tengok sekeliling kelas tu. Mula timbul rasa rindu pula pada zaman tingkatan 5 dulu. Zaman dimana aku selalu pergi awal ke sekolah kononnya sebab tak mahu miss parking space untuk moto since aku p sekolah dengan moto. Lepas tu bila sampai ke kelas hanya dua tiga orang saja yang baru sampai, masing-masing sibuk bukak buku salin homework ataupun siapkan homework. Zaman universiti mana ada dah feeling tu, ekau nak buat homework ataupun tak lecturer tak peduli pun. :( Yaa,bersebab semua itu berlaku, sebab itu mengajar kita yang sudah tua bangka ni untuk berdikari, berfikir sendiri nak pilih untuk buat kerja atau tak, pilih untuk jadi rajin atau malas.

Lagi, aku rindu zaman dimana cikgu tak masuk kelas, jadi waktu itulah digunakan sebaik mungkin untuk melepak di kelas sebelah dan mula bergosip panas. Rindu Zaman dimana aku belajar Bahasa Arab Tinggi. Dat is my favorite subject walaupun aku tak dapat cemerlang pun dalam SPM untuk subjek tu. Belajar ilmu Balaghah, tatabahasa arab. Aku masih lagi simpan buku nota bahasa arab aku sampai hari ini. Siapa tahu esok esok aku akan buka semula dan belajar.
Tak pernah langsung sepanjang hampir empat tahun aku tinggal zaman sekolah aku rasa rindu menebal macam ne sekali pada zaman tu.

But those will remain as a memory. Memory that will be with us till dead :')


5 Othman`09




I love this picture :)


p/s : Zaman form4 & form5 dulu aku ne pengawas taw, aku pengawas yang baik, kalau buat spot check aku bukan rampas pun barang terlarang junior junior tu, tapi aku siap suruh junior junior tu semunyik cepat cepat lagi barang tu sebelum kantoi dengan pengawas lain. Sila jangan tiru :p