Tahukah anda 'menangis' dalam hati peritnya lebih berkali ganda dari menangis air mata?
Monday, June 10, 2013
Sunday, June 2, 2013
Saturday, June 1, 2013
I miss u jerry-the-grey-cat
Seumur hidup aku, mesti bela kucing. Dari kecik sampai la umur dah macam layak jadi mak budak ne. Kakak aku cakap dulu masa aku kecik² kemain lagi aku main dengan kucing siap cium² bagai. Owh, lepas tu baru aku taw kenapa aku ada asthma. Entah dah berapa puluh ekor kucing yang dibela dan kebanyakannya tak hidup lama sangat pun dengan aku ataupun pergi tak kembali. Maksudnya p berjalan tak balik² rumah dah. Lost agaknya. Tapi ada jugak yang p berbulan-bulan alih² muncul balik depan mata.
Nama, macam² nama aku letak kat kekucing tu. Nama kemain siap ber-bin-kan nama bapak aku kot -_-' Yang aku ingat ada dua ekoq dulu tu satu nama Dollah bin Hassan, satu lagi Adek Kutu bin Hassan. Waras x hang, asnida? Dollah tu boleh tahan lagi, yang Adek Kutu tu semua orang pelik kenapa nama tu. Aku letak nama tu sebab since aku tak ada adek makanya aku panggillah dia adik. Adek Ku Itu kalau bahasa bakunya. HAHA. Adek Kutu ne kucing hitam. Hitam metallic ok, macam pakai hair conditioner. Sebab tu aku sayang sangat kat dia, sebab aku suka hitam !Tapi hidup dia tak lama, mati eksiden. Hm
Yang si Dol pulak hidup sampai ke tua. Tu la first kucing yang aku bela hidup sampai ke tua. (kalau tak silap la, mana nak ingat dah sebelum² tu ada ke tak. huhu) Dol ne pernah p tak kembali jugak tapi lepas beberapa ketika dimana kami sudah ishtiharkan dia sudah mati, tup² balik ke rumah semula. Tapi tak lama lepas tu hilang semula sampai lah sekarang. Opkos la dah mati kan. Hayat kucing tak sama dengan manusia..
Back to jerry-the-grey-cat, jerry ne sepatutnya nama Tom macam dalam Tom&Jerry tapi aku tersalah paham plak ingat kucing tu nama Jerry :p Makanya terlekatlah nama tu sampai akhir hayat dia. Aku bela dia dari besar 4jari sampailah dia dah jadi mak kucing. Tapi hidup dia tak lama. Dia mati tanpa ketahuan kami. Jumpa ja dah kembung :( 12 Julai 2012. Masa tu aku tengah buat shortsem. Sebab lapang sangat masa aku jadi aku decide nak balik rumah. Kononnya sebab rindu kat Jerry. Masa tu jerry dah jadi mak kucing. Pelikkan nama Jerry tapi boleh jadi mak :p Bila sampai ja rumah jumpa mak terus aku tanya "Mak,Jerry mana?" Mak aku cakap dah berapa hari dia tak balik,aku tak mula gelisah lagi. Tapi bila dah dua hari aku kat rumah dia pun belum balik, aku suruh mak aku tanya jiran² kalau² dia ada sana. Lepas tu sorang jiran ne cakap dia ada nampak bangkai kucing warna kelabu kat tanah kosong tepi rumah dia. Masa tu jugak mak aku p sahkan. Dia larang aku p sebab takut aku menangis. Mak aku balik n sahkan tu memang Jerry :( Aku tak percaya. Kebetulan masa tu Ayu ada kat rumah aku, aku pun ajak dia p tengok sendiri. Macam tak percaya. Memang Jerry yang mati. Bila balik abang aku tak habis² mengejek "Nak treyak lettew.." Aku masih berlagak cool sampailah malam. Malam tu aku bercakap phone dengan 'dia' sambil meraung macam orang gila.. "Saya rindu dia.."Ya, aku meraung macam aku hilang orang yang paling aku sayang. Kalau dia p berjalan tak balik lepas dua-tiga hari baru balik aku takkan rasa apa² sebab tu lumrah seekor kucing.
Kalau tak silap banyak hari jugak aku sedih. Baru aku taw kenapa aku beria-ia nak balik rumah masa tu padahal rumah aku kat hujung mesia,jauh. Rupanya ada benda nak jadi. Lepas Jerry mati, kesian kat anak² dia asyik menangis lapaq susu kot. Tapi aku tak suka bebudak tu macam mana aku suka Jerry. Huk3
Sekarang aku tulis semua benda alah ne sebab aku tengah rindukan dia. Dah hampir setahun tapi aku masih tak boleh lupakan dia. Kenapa ya? 'dia' cakap kita memang macam ne bila hilang orang yang kita sayang. Tapi tu kucing, bukan orang. Kenapa aku bersedih dah macam hilang orang..
Tak lama lepas Jerry mati, aku bela kucing lain pulak. Walaupun warna sama tapi tetap tak boleh gantikan tempat Jerry. Dulu aku marah bila Jerry kacau aku buat keja, dia mintak makanan pun aku buat dunno tapi hakikatnya sapa yang taw :( Yang paling best, bila aku panggil "Jerry....!" terus dia mengekek², bukan meow² tandanya dia paham :')
Sekarang aku terkenangkan dia sebab tadi ada sorang krafter ne post gambaq kucing adek dia, sangat persis Jerry. Uhuk!

P/S : tengah pulak layan lagu Jaga Diri - Jacklyn Victor memang lagi sebak la
Friday, May 17, 2013
Teman segalanya
Dia sahabat..
Dia teman..
Dia tempat untuk aku mengadu.
Dia tempat untuk aku berkongsi rahsia.
Dia tempat untuk aku hilangkan rasa keluh kesah.
Dia kaunter pertanyaan bagi semua soalanku.
Dia matahariku.
Hilangnya dia..
Tiada lagi "Awak, macam mana kalau .."
"Awak, kenapa ya .."
"Awak itu.. awak ini.. "
:(
Tuesday, March 26, 2013
"Apalah guna famous pada pandangan manusia tetapi tidak
famous pada pandangan Tuhan."
Salah seorang dari kawan sekolah aku post ne sebagai status di facebook. Dalam hal ne aku tak mahu libatkan orang lain, hanya ambil diri aku sendiri sebagai contoh. Acap kali aku akan luahkan rasa hati pada orang sekeliling yang aku rapat "Kawan-kawan aku la ne semua dah lawa² and makin putih." Ya, hampir semua kenalan aku sudah makin berseri-seri dengan wajah yang putih bak bunga melur. Perghh. I do admit that aku ada sedikit cemburu dengan apa yang mereka ada. Sedikit ka? Macam banyak saja.
Apabila mereka semakin cantik dan berseri-seri, maka mereka juga semakin popular dan mendapat banyak pujian dari teman² yang lain. Ohh popular di sini maksud aku jika lihat dari segi jumlah 'like' di facebook. Facebook lagi. Adakah facebook juga akan jadi disaster macam twitter ? Balik pada status di atas, aku terasa dan terkilan dengan perangai entah apa² diri aku sendiri yang tak semena-mena nk cemburu dengan kecantikan orang lain. Sedangkan kecantikan itu tidak menjamin apa², malah tak jamin pun kita akan ke syurga dengan kecantikan fizikal semata-mata.
Ya Allah, selama 21 tahun aku hidup di muka bumi ini, perasaan merendah diri yang teramat sangat kubawa bersama. Adakah ini punca wujudnya perasaan tidak sihat itu dalam diriku? Dari kecil aku di ejek gara² aku punya kulit gelap dan tak cantik. Sebelum ini aku langsung tak pernah bertanya kepada diri sendiri kenapa aku sangat suka merendah diri. Rasanya itulah jawapannya. Setiap manusia mempunyai keburukkannya sendiri,tapi masalah kulit gelap bukanlah satu keburukkan,malangnya 'mereka' memandangnya begitu.
Setiap kali aku rasa cemburu dengan kawan² aku yang dah cantik, aku akan cuba pujuk diri sendiri walaupun tidak berkesan sepenuhnya. "Ok juga jadi orang yang tak cantik, kalau sorang² tak da la mamat² gatal nk kacau ka nk amek kesempatan ke yada yadaa.."
Asnida,wake up! semua ne hanya mainan dunia. Cantikkah aku di mata Maha Pencipta? Pernah tak kau tanya soalan sedemikian pada diri kau sendiri? Kalau ada pun, hanya 1/4 saja. 3/4 pula kau hanya kisah dengan kecantikan diri kau di mata manusia. Allah..
Muhasabah diri please. Jangan lagi kau tambah dosa yang ada. Kau sendiri tahu dosa apa yang dimaksudkan.
Sejujurnya, aku bukanlah tidak mahu langsung berubah menjadi seorang yang solehah, tapi aku selalu terkandas di tengah jalan :(
Subscribe to:
Posts (Atom)