Thursday, January 23, 2014

Perihal mereka

Aku tahu macam mana mereka,
sebab itu aku tidak mahu meminta.
Ya, mereka yang bergelar adik-beradik. Banyak kisah yang kurang enak sudah aku tahu, dari aku zaman sekolah rendah lagi. Perihal tentang aku, dicanang pada orang luar, iaitu sahabat aku sendiri, oleh saudaraku sendiri. Kita tidak melupakan bukanlah bermaksud tidak memaafkan, tetapi parut yang tinggal memang tidak akan boleh hilang. Aku sedar, dari kecil aku selalu meminta. Meminta itu dan ini. Tanpa berfikir yang mereka 'berkira' atau tidak dengan aku. Maafkan aku kerana seusia ini baru aku sedar tentang itu.

Sebolehnya, merekalah yang terakhir akan dicari apabila aku susah kelak.

Sunday, January 12, 2014

Kedewasaan

"Kedewasaan ini, diri perlu diubah.
Makin besar, makin bertambah usia, makin banyak cabaran hidup malah makin banyak memikirkan perihal kehidupan.
Dari hari ke hari, diri perlu diubah kearah yang lagi baik. Supaya diri tidak lagi merasa gundah gelisah :')
Sambil bermuhasabah diri, aku tertanya-tanya antara suka, sayang dan cinta. Yang mana satukah aku?"

Sumber: google

Perbezaan Suka, Sayang Dan Cinta

Saat kamu menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,
“Bolehkah aku menciummu?”

Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,
“Bolehkah aku memelukmu?”

Saat kamu mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya.

SUKA adalah saat ia menangis, kamu akan berkata
“Sudahlah, jangan menangis.”

SAYANG adalah saat ia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.

CINTA adalah saat ia menangis dan kamu akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata,
“Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. ”

SUKA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,
“Ia sangat cantik/tampan dan menawan.”

SAYANG adalah saat kamu melihatnya kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.

CINTA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,
“Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku..”

Pada saat orang yang kamu SUKA menyakitimu, maka kamu akan marah dan tidak mahu lagi bicara dengannya.

Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakiti hatimu, kamu akan menangis untuknya.

Pada saat orang yang kamu CINTAI menyakitimu, kamu akan berkata,
“Tak mengapa dia hanya tidak tahu yang dia lakukan.”

Pada saat kamu suka padanya, kamu akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kamu sayang padanya, kamu akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus.

SUKA adalah kamu akan menemaninya bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan.
CINTA adalah kamu akan menemaninya tidak peduli bagaimana pun keadaanmu.

SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

"Yang mana satukah aku?"

Saturday, August 24, 2013

Officially 21 years old

Alhamdulillah, masih dalam keadaan sihat sehingga genap umur 21 tahun. 
Hari tu mak ada cakap nak buat birthday celebration untuk aku. Whattttt =.= sorry mom, xsyukeeee. 
Sebab? Sebab aku rasa aku dah cukup besar untuk party-party bagai walaupun cuma makan-makan. Cukuplah sekadar sekeping doa daripada sahabat-sahabat, orang-orang yang aku sayang. 
Birthday wish? Orang pertama semestinya dia. Belum masuk 23rd pun dia sudah wish, semangat :p
Orang lain yang wish, adalah mereka yang aku langsung tak sangka akan wish iaitu aida dan kak eni. Terharu sat. Sobs

Kalau dulu-dulu, aku mesti akan tunggu, siapakah kawan aku yang sebenar yang ingat tarikh lahir aku. Kalau dia wish, maknanya dia memang sahabat aku. Kalau ada yang dianggap kawan baik tapi tak wish, mulalah aku sedih. Kenapa begitu? Budak-budak.

Kalau dulu-dulu juga, memang hobi aku set dalam kalendar tarikh lahir sorang-sorang orang yang aku kenal. Tapi sekarang sebab apa entah aku dah tak buat semua tu. Mungkin sebab ada facebook as a reminder? Asyik-asyik facebook. Wish raya, wish untuk peperiksaan, wish hari lahir, semua di facebook. Kalau tak ada facebook tu aku pasti, kawan sendiri dah kahwin pun takkan tahu.
Sebenarnya, seorang kawan yang paling aku tak sangka akan ingat tarikh lahir aku ialah F (perempuan ok!)

"Orang yang bermakna hadir dalam hidup aku mestilah ada dalam reminder.."

Aku terharu. Kenapa terharu? Sebab asalnya aku dengan dia hanyalah kawan kepada kawan. Kami rapat tapi tak pula sampai boleh letak title 'bestfriend'. Tapi itulah, bermakna juga kehadiran aku dalam hidup dia sebagai seorang sahabat. Sobs

Hakikatnya aku bukanlah sahabat baik bagi siapa-siapa. Entah kenapa semakin aku membesar, semakin aku nak jauhkan diri dari perkataan "bestfriend". Mungkin sebab aku tak mampu nak galas tanggungjawab as a bestfriend. Ya, bestfriend pun ada tanggungjawabnya. Makanya, bila seorang kawan aku memanggil "what's up bestie." Aku macam ". . . ." Sejujurnya aku kurang gemar dengan gelaran macam tu.

Tapi aku gembira jikalau kehadiran aku dalam hidup kawan-kawan amat bermakna bagi mereka. Kerana itulah tugas seorang kawan. Tidak kiralah kamceng atau tidak, kawan akan sentiasa ada untuk kawannya yang lain sebagai cahaya yang menerangi kegelapan, yang berjalan seiringan dalam cahaya kebahagiaan :')

Sayang semua !

Friday, July 19, 2013

Rabbi zidni 'ilman naa fi'a 

(Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna)

Wa wa fiqni 'amalam maqbula 
(Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan)

Wa Wa habli rizqan waasi'a 
(Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas)

Wa tub 'alaia taubatan nasuha
(Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha)

Saturday, July 13, 2013

Perwatakan

Sentiasa terjadi. Berniat untuk rapat dengan seseorang itu. Tetapi hanya melalui laman sosial, langsung tidak pernah ketemu di alam nyata. Bukanlah tiada niat untuk bertemu tetapi jodoh belum sampai. Lalu hanya melalui laman sosial dia cuba beramah mesra dengan harapan agar mereka akan menjadi kamceng dan tidak kekok apabila bertemu di dunia realiti kelak.

Malangnya, perwatakan seseorang itu tidak sama di laman sosial dan dunia realiti. Jadi akan tercetus perbalahan apabila wujudnya salah faham antara 'nada' tulisan di laman sosial dan juga 'nada' yang sebenarnya keluar dari mulut si suara.
Sesetengah manusia di dunia realiti dia seorang pendiam, tetapi di laman sosial dia peramah orangnya.

Benar kata'nya', mungkin apabila dua orang itu langsung tidak pernah bersua muka, makanya tidak akan kenal bagaimana perwatakan seseorang itu. Makanya, haruslah terlebih dahulu bertaaruf secara berdepan sebelum beramah mesra di laman sosial. Jikalau seseorang itu peramah, maka tidak ada salahnya jika di laman sosial kita juga ramah dengannya. Akan tetapi jika seseorang itu hatinya lembut dan mudah terasa, maka berhati-hatilah dalam bertutur kata dengannya di laman sosial. Mana mungkin kita tahu bagaimana sifat seseorang itu jika kita tidak bertemu sendiri dengannya, bukan?

Monday, June 10, 2013

Untitled

Tahukah anda 'menangis' dalam hati peritnya lebih berkali ganda dari menangis air mata?