Thursday, January 24, 2013

Tablet case


Selepas hampir dua hari berhempas pulas mengorek idea, akhirnya siap juga sarung tablet untuk anak menakan (anak saudara) aku. Harapnya dia suka la dengan design tu. Pada awalnya aku tunjuk design nak jahit belon bentuk hati tu dan juga nama dia di bahagian belakang sarung tapi lain pula jadinya. Aku malas nak jahit nama tu sebenarnya jadi aku gantikan dengan kucing dan rerama di situ. :D

Sebenarnya lagi aku dah upload gambar ne kat facecook untuk tontonan kawan-kawan aku,mana la tahu kot ada yang berminat nak buat satu. Tapi nampak gaya macam tak ada sambutan. Aku bukannya ketagih 'like' ,tapi sebenarnya bilangan 'like' di situ yang menentukan berapa orang yang view gambar tu. Adakah aku salah? Jadi bilangan 'like' yang aku dapat hanya la beberapa kerat tak sampai sepuluh pun. Faktornya aku tahu kenapa, salah satu sebabnya aku ne bukanlah seorang yang 'hot' di facecook tu, bukan puteri yang post apa-apa pasti akan dapat bilangan 'like' beratus-ratus macam kawan-kawan aku. Salah satu sebab lagi, kawan-kawan yang aku kenal kebanyakkannya bukanlah jenis yang minat barangan kraf macam aku. Kalau minat pun jenis barang-barang comel seperti teddy bear,barang-barang kecantikan dan juga pakaian. Makanya bila muncul ja gambar-gambar kraf macam ne di 'home' facecook, mereka tidak akan ambil peduli pun. Aku ne pula jenis manusia yang minat semua. Apa saja benda yang muncul asalkan berseni, menarik dimata aku,semua aku suka.

Tidak mengapa la, bior ja la ka, aku teruskan saja la dengan minat aku dengan semua benda ni.
In sha Allah kalau ada duit dan masa nanti aku nak belajar menjahit langsir dan baju pula :)
Kita mesti pertingkatkan kemahiran dalam apa jua bidang,bukan?
Kalau boleh wiring pun aku nak buat, tapi nanti makan hati pula future-husband aku sebab dapat isteri yang serba tahu lebih dari dia :p Kbai



So this is it. Samsung galaxy tab case.
Color chose by the owner, warna hijau jadi aku pilih hijau epal.



Bahagian belakang kosong saja. Aku gunakan velcro untuk nampak kemas.
Alhamdulillah Ya Allah, i love what i am doing now :)

p/s : aku ne kan noob, how would i know yang tab adalah shortname bagi tablet =.=