Sunday, January 27, 2013

Terjual semua

Alhamdulillah dalam banyak banyak keychain yang aku buat hampir semua terjual. Ini semua hasil kerajinan akak dan anak menakan (anak saudara) aku tolong promote dan jual di sekolah dan kedai makan milik akak aku. Kalau nak harap aku yang jadi penjual memang sampai tahun depan pun belum tentu terjual sebab i is pemalu. Jadi teserlah di situ bahawa aku suka dan layak bekerja di belakang tabir. Ibarat seorang programmer yang buat coding untuk projek syarikatnya. Dia hanya bekerja di belakang tanpa diketahui orang ramai siapakah gerangan yang mahir buat coding program tersebut. Ihik :p Ok tak da kaitan pun dengan programmer,hanya kiasan sahaja.

Tadi pun akak aku ada cakap yang seorang teman sekampung dengan aku ada nak tempah casing notebook dan jugak sebiji lagi kereta yang ala-ala gajah tu :p Kalau dia jadi tempah, alhamdulillah :)

Ya Allah, adakah ini jalan untuk aku ambil dimasa depan?