Thursday, January 24, 2013

Zaman sekolah menengah

Siang tadi aku teman Cik Ayu ke sekolah menengah adik dia untuk ambil wang RM100 yang pm bagi.
Malu i tau sebab i rasa i dah terlalu tua untuk jejakkan kaki ke sekolah.Tua la sangat kan.
Masa bejalan nak ke kelas adik Ayu tu kami berselisih dengan seorang student, kecik saja orangnya. Aku dengan Ayu serentak cakap "Comelnya...!" Lama tak buat kerja bengong macam zaman muda mudi kat sekolah dulu iaitu meng-usha junior cute :p Junior lelaki opkos, junior perempuan opkos la senior lelaki yang ambil tempat kan. Tapi usha sekadar cuci mata saja,tak lebih dari tu. Itu memang hobi aku dan Ayu masa zaman muda mudi dulu, sekarang dah insaf sebab masing-masing dah macam layak jadi mak budak jadi nanti  nanti usha anak sendiri sajalah ya. Harapnya anak lelaki aku nanti comel lah :D

Ok merepek sebentar.

Point utama yang aku nak luahkan ialah, perasaan aku terhadap zaman sekolah menengah.
Sejujurnya, aku memang tak suka rindu zaman sekolah menengah atas beberapa sebab yang akan mengingatkan aku kepada memori hitam dulu. Bila kawan-kawan cakap "Aku rindu zaman sekolah dulu.", aku akan balas "ohh ya? Em.." Sebabnya aku tak mahu rasa apa yang mereka rasa.

Akan tetapi, siang tadi sambil menunggu Ayu sampai giliran untuk isi borang, aku duduk di kerusi kayu dalam kelas tu. Aku tengok sekeliling kelas tu. Mula timbul rasa rindu pula pada zaman tingkatan 5 dulu. Zaman dimana aku selalu pergi awal ke sekolah kononnya sebab tak mahu miss parking space untuk moto since aku p sekolah dengan moto. Lepas tu bila sampai ke kelas hanya dua tiga orang saja yang baru sampai, masing-masing sibuk bukak buku salin homework ataupun siapkan homework. Zaman universiti mana ada dah feeling tu, ekau nak buat homework ataupun tak lecturer tak peduli pun. :( Yaa,bersebab semua itu berlaku, sebab itu mengajar kita yang sudah tua bangka ni untuk berdikari, berfikir sendiri nak pilih untuk buat kerja atau tak, pilih untuk jadi rajin atau malas.

Lagi, aku rindu zaman dimana cikgu tak masuk kelas, jadi waktu itulah digunakan sebaik mungkin untuk melepak di kelas sebelah dan mula bergosip panas. Rindu Zaman dimana aku belajar Bahasa Arab Tinggi. Dat is my favorite subject walaupun aku tak dapat cemerlang pun dalam SPM untuk subjek tu. Belajar ilmu Balaghah, tatabahasa arab. Aku masih lagi simpan buku nota bahasa arab aku sampai hari ini. Siapa tahu esok esok aku akan buka semula dan belajar.
Tak pernah langsung sepanjang hampir empat tahun aku tinggal zaman sekolah aku rasa rindu menebal macam ne sekali pada zaman tu.

But those will remain as a memory. Memory that will be with us till dead :')


5 Othman`09




I love this picture :)


p/s : Zaman form4 & form5 dulu aku ne pengawas taw, aku pengawas yang baik, kalau buat spot check aku bukan rampas pun barang terlarang junior junior tu, tapi aku siap suruh junior junior tu semunyik cepat cepat lagi barang tu sebelum kantoi dengan pengawas lain. Sila jangan tiru :p